I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 10 Jun 2011

MARI BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD-part 3-



Berselawat adalah sumber kepada syafaat. Syafaat Nabi di akhirat nanti terdapat 5 jenis:


•    syafaat untuk membebaskan umat manusia daripada dahsyatnya suasana di Padang Mahsyar
•    syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa sebarang hisab atau perhitungan
•    syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukuman setimpal, supaya hukuman itu kemudian ditarikbalik.
•    Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka
•    Syafaat untuk menaiki ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.


Selawat juga mengundang keberkatan hidup di dunia.  Apabila kita menyebut nama orang-orang soleh, ia mendatangkan rahmat. Rahmat itulahkeberkatan… Bila ada keberkatan, insya-Allah akan ada kelebihan yang berterusan dan berkekalan.Keberkatan yang sangat diharapkan ialah keberkatan dari segi rezeki. Kedua, dari segi umur kita, ketiga daripada usaha kita dan keempat, dari segi ilmu. Ini bermakna walaupun ada masanya kita hanya mendapat ‘sedikit’ tetapi dengan keberkatan, insya-Allah, yang sedikit itu adan mencukupi. Misalnya, umur walaupun pendek tapi banyak bakti dan jasanya. 


Inilah yang terjadi kepada Imam Nawawi, Imam Syafie dan Umar Ibn Aziz.Jumlah kitab karangan Imam Nawawi misalnya, tidak sepadan dengan umurnya. Usianya hanya sekadar 40 an tetapi beliau sangat produktif. Begitu juga Umar Ibn Aziz, yang hanya sempat menjadi khalifah selama 2 tahun tetapi tempoh pendek itu dipenuhi dengan kecemerlangan yang tidak dapat ditandingi oleh khalifah-khalifah Bani Umayyah yang lain. Inilah pentingnya mendapat ‘umur’ yang berkat.Manakala ilmu yang berkat pula ialah ilmu yang mampu menyuluh kelemahan diri, menyuluh kebesaran Allah dan menambah amalan soleh kita. Rezki yang berkat pula akan menjadi sumber kekuatan untuk melaksanakan ketaatan, baik ketaatan kepada Allah mahupun khidmat sesama manusia.Inilah peri pentingnya kita berselawat sebelum berdoa.Tanpa berselawat sekaligus putus hubungan dengan Allah. Bila hubungan kita putus dengan Allah, berbagai-bagai kesusahan akan berlaku. Yang paling kita takuti, hilang keberkatan dalam hidup. Ini akan menyebabkan rezeki kita walaupun banyak tetapi masih tidak cukup-cukup malah melalaikan kita pula.Umur kita mungkin panjang tapi sayangnya sarat pula dengan dosa. 


Usaha kita mungkin banyak, tapi tidak dapat meraih kejayaan. Ilmu pun mungkin banyak, tapi menyebabkan kita lalai dan derhaka kepadaNya. Makin tinggi ilmu, semakin ego. Jadi, marilah kita banyak berselawat, justeru ia adalah sumber keberkatan dalam kehidupan

MARI BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD-part 2-

Cara hidup Jahiliyah yang serba kejam, hina dan kucar-kacir akan terus bermaharajalela. Namun kedatangan baginda telah memberhentikan semua itu. Baginda berjuang bermula dengan seorang diri. Diseru kaum keluarga terdekat dan sahabat terapat. Daripada Siti Khadijah, kemudian Sayidina Ali serta Sayidina Abu Bakar… Sedikit demi sedikit. Dan 23 tahun kemudian, ada lebih 124,000 para sahabatnya yang bertebaran di Makkah, Madinah dan seluruh jaziratul Arab. 

~RASULULLAH DI DALAM HATI~

Baginda rela kehilangan apa sahaja demi menyelamatkan umatnya daripada kejahilan dan kesyirikan
Daripada cacian, dihalau hinggalah ancaman bunuh – semuanya telah baginda lalui demi perjuangan yang suci.
Jika pada hari ini kita memuja pemimpin yang berjasa… maka siapakah pemimpin yang lebih besar jasanya daripada Rasulullah SAW? Bagindalah yang telah membebaskan kita daripada kesempitan hidup dunia untuk menikmati kelapangan hidup di akhirat. Baginda jualah yang membebaskan kita daripada penghambaan sesama manusia untuk menjadi hamba kepada Allah. Baginda yang mengeluarkan kita daripada ksempitan dunia untuk menuju kelapangan akhirat.

Soalnya, bagaimana kita memperingati jasa-jasanya itu?
Ya, kita mesti berselawat ke atas baginda. Kelebihan solawat telah banyak kita dengar. Namun apakah yang Allah swt benar-benar inginkan daripada selawat kita? Allah swt inginkan supaya hubungan kita dengan Rasulullah swt adalah berterusan. Oleh sebab itu kalimah, “Asyhaduallah ila ha illallah.”diikuti kemudiannya dengan kalimah “wa ashaduanna Muhammadar Rasulullah”. Apabila kita menyebut kalimah ini, rasakan diri kita adalah hamba Allah, lalu seterusnya perlu kita tanyakan bagaimanakah caranya hendak menjadi hamba Allah yang sebenar?
Lalu menyusul pengertian kalimah keduanya: “Wa asyhadu anna muhammadar Rasulullah.” Iaitu dengan mencontohi Rasulullah saw. Bagindalah individu yang pada setiap masa merasakan dirinya hamba. Ketika menjadi seorang ayah, seorang jeneral, seorang Nabi, malah sebagai pemimpin, baginda tetap merasakan diri sebagai hamba kepada Tuhannya.

Siti Aisyah berkata, jika kamu ingin melihat Al-Quran hidup, maka tengoklah peribadi baginda dalam kehidupan seharian. 
Dan bagi kita umat Islam akhir zaman ini… tidak ada jalan lain untuk ‘melihat’ keperibadian Rasulullah selain melihat sejarah hidup Rasulullah SAW.
Peri pentingnya sirah Rasulullah, ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
“Didiklah anak-anak kamu tiga perkara: Kecintaan kepada nabi kamu, kecintaan kepada keluarga baginda dan membaca Al Quran.”

Justeru, generasi Salafussoleh begitu bersemangat mengajarkan anak-anak mereka tentang sirah Nabi Muhammad SAW sehingga diseiringkan dengan pengajaran Al quran. Sebab sirah merupakan penterjemah makna-makna Al Quran secara praktikal. Imam Zainul Abidin bin Husin bin Ali RA berkata:
“Kami mengetahui soal perang-perang Rasulullah SAW sebagaimana kami mengetahui surah-surah yang ada dalam Al Quran.”
Mudahkan mencintai atau mencontohi Rasulullah?

Kita tidak pernah berjumpa Rasulullah. Kita hanya mendengar kisah kehebatan iman dan akhlak baginda sejak di bangku sekolah. Jadi, bagaimana hendak menyemai cinta kepada Nabi Muhammad SAW?
•    Menerima seruan dan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Apa yang telah disampaikan oleh rasulullah kita terima dan kita terus laksanakan. Semakin cepat kita           menunaikan seruannya maka semakin bertambah kecintaan kita terhadapnya. Sayidina Ali misalnya, telah menerima seruan dakwah Rasulullah tanpa harus berbincang terlebih dahulu dengan sesiapapun, hatta ayah-ibunya sendiri.
Tidak ada gunanya mengaku cinta kalau tidak dibuktikan dengan perbuatan. Kata cinta, tetapi sunnah baginda kita cerca atau pinggirkan. Malangnya, inilah sikap kebanyakan umat Islam kini. Mengaku cinta, tetapi bergaul bebas, mendedahkan aurat, makan riba, minum arak, menipu, rasuah. Baginda sangat bencikan riba, tetapi ada dikalangan umat Islam yang masih mengamalkan riba.
•    Mencintai apa yang dicintai Nabi.
Apa sahaja yang dicintai oleh nabi Muhammad SAW dari segi cara hidupnya – cara solat, puasa, mentadbir, menguruskan perniagaan, mengatur rumahtangga, makan, minum, pakaian sehingga cara baginda masuk tandas – akan kita teladani.
•    Membenci siapa yang membenci nabi.
Siapa sahaja yang memperleceh-lecehkan kedudukan nabi Muhammad adalah musuh kita. Kita tidak akan berkawan apalagi bersahabat dengan mereka yang terang-terangan menghina nabi Muhammad SAW. Tidak kira mereka itu kaya, berkuasa atau ternama sekalipun. Siapa yang membenci Rasulullah itulah musuh kita.
Sebab itu umat Islam tidak akan berdiam diri sekiranya Nabi Muhammad diperlecehkan melalui lukisan, tulisan atau kata-kata.
•    Menjaga hadis-hadis Nabi.
Maksud menjaga hadis di sini ialah dengan menghafaz dan mengamalkannya. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Samurah bin Jundub RA bahawa dia berkata:
“Di zaman Nabi, aku adalah seorang anak kecil, namun aku turut pula menghafaz hadis dari baginda, sedangkan orang-orang di sekelilingku semuanya lebih tua dariku.”
Ibarat seorang yang sedang bercinta. Kebiasaannya seseorang itu akan mengikut atau menyebut-nyebut nama orang yang dicintainya. Dia mesti mempunyai rasa suka atau cinta kepada orang itu.Kemudian rasa cinta itu dilahirkan dalam tindakan. Jadi cinta pada Rasulullah itu bukanlah semata-mata dengan kata, tetapi dengan tindakan. Oleh itu, dalam kehidupan ini, setiap tindakan mestilah menunjukkan kecintaan kepada Rasululah. Misalnya, acara mencukur rambut bayi dan kenduri aqiqah.
Majlis Aqiqah dan mencukur rambut diraikan ibu dan ayah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Ia adalah sunnah Rasulullah yang mulia. Ketika anak Rasulullah iaitu Fatimah az-Zahra melahirkan Hassan, Nabi pun berkata:
“Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya. Kemudian bersedekahlah dengan mengeluarkan perak seberat timbangan rambutnya.”
Seorang ulama Syeikh Dahlawi Rahimullah mengulas tentang hadis di atas dengan katanya:
“Sesungguhnya anak itu jika telah berpindah dari janin menjadi bayi merupakan sebuah nikmat yang wajib disyukuri, Bentuk kesyukuran yang terbaik adalah dengan menggantikannya. Mengingatkan bahawa rambut bayi merupakan bahagian dari perkembangan janin, dan menghilangkannya merupakan petanda kemerdekaannya menuju perkembangan sebagai anak, maka seharusnya bila rambut itu ditimbang (nilai) dengan perak.”
Setelah ditimbang, berat rambut Hassan adalah sedirham. Sedirham itulah disedekahkan. Kita mungkin antara bayi-bayi kecil satu ketika dulu didendang dengan selawat dan marhaban. Jika anak itu lelaki, diberikan permulaan nama “Muhammad” – Muhammad Rasul, Muhammad Taufik, Muhammad… supaya mendapat keberkatan Allah swt. Lebih-lebih lagi ayah dan ibu mengimpikan anaknya nanti membesar dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad saw.

Sabtu, 7 Mei 2011

MARI BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD-part 1-

Bila kita kenal sesuatu yang indah, baik dan benar, kita akan jatuh cinta. Bila sudah cinta, kita banyak mengingat apa yang kita cintai itu. Dan bila kita banyak mengingat, pasti banyak pula kita menyebutnya… Kata orang tua dahulu,  bila hati teringat, mulut akan menyebut!

Jadi, tanda cinta kita kepada sesuatu, banyaklah kita menyebut-nyebutnya. Dan begitulah kitaran cinta kepada Rasulullah saw. Tanda kenal, cinta. Tanda cinta, ingat. Dan tanda ingat, banyak menyebut… Semakin banyak ingatan, semakin banyka pula sebutan. Dan di situlah signifikannya selawat!


Sebenarnya, bukan sahaja manusia dituntut berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas baginda. Pujian daripada Allah dan para malaikat ini justeru ketinggian akhlak dan keperibadian baginda.

Firman Allah swt:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.” (Al-Ahzab 56)

Bayangkan, tanpa Rasululah alam ini tidak akan diberkati. Kedatangannya adalah untuk memberi rahmat untuk alam ini. Alam itu gelap gelita, Rasulullah adalah penerang kepada penghuni-penghuni dunia. Kata bijak pandai, dunia tidak akan aman, selagi manusia yang menghuni di atasnya tidak berakhlak. Dan inilah misi utama kedatangan Rasulullah SAW yakni memberi rahmat kepada alam dengan berusaha memperbaiki akhlak manusia.

Firman Allah:
“Dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekelian alam.”
Rahmat kedatangan Rasulullah ini adalah dalam bentuk akhlak yang paling murni untuk dipelajari dan diteladani oleh semua manusia. Ini ditegaskan sendiri oleh sabda baginda:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.”

















Tanpa Rasulullah :

  1. tidak akan ada kasih-sayang sejati dikalangan manusia. 
  2. Ibu-bapa tidak akan dihormati,
  3. anak-anak tidak akan disayangi, 
  4. kaum wanita tidak akan dilindungi, 
  5. yang miskin tidak akan dibela, 
  6. yang kaya tidak akan pemurah, 
  7. yang berkuasa tidak akan adil, 
  8. yang diperintah tidak akan taat. 


Rabu, 4 Mei 2011

SOLAT JEMAAH DAN KEAJAIBANNYA

SEORANG penguasa Yahudi berkata: "Kami baru takut terhadap umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat subuh seperti melaksanakan solat Jum'at." (Buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib As-Sirjani).
"Sungguh masjid-masjid di seluruh penjuru dunia ini merintih pedih dan mengeluh kepada Allah kerana dijauhi oleh majoriti kaum muslimin ketika solat subuh sedang dilaksanakan. Kalau bukan kerana ketentuan Allah bahawa benda-benda mati itu tidak bisa bicara, tentu manusia dapat mendengar suara rintihan dan gemuruh tangis masjid-masjid itu mengadu kepada Rabbnya Yang Agung". (Buku Keajaiban Solat Subuh oleh Dr. Imad Ali Abdus Sami Husain).
Dibalik pelaksanaan solat subuh, tersimpan rahsia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirujuk, bersumber dari pelaksanaan solat subuh yang dipandang ringan. Itulah sebabnya, para sahabat Nabi SAW berusaha sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu. Pernah suatu ketika mereka terlambat solat subuh dalam penaklukkan Benteng Tsatar. "Tragedi" ini membuat sahabat seperti Anas bin Malik selalu menangis bila mengenangnya.
Menurut sejarah, kejayaan lahir dan batin umat Islam zaman dahulu karena mereka yang melaksanakan solat subuh seperti yang ditakutkan oleh penguasa Yahudi di atas yaitu jemaahnya sama seperti solat Jum'at. Pada zaman salafus sholih, masjid-masjid selalu penuh sesak dengan orang-orang yang menunaikan solat subuh seperti tidak ada bezanya dengan saat mereka menunaikan solat Jum'at. Keadaan ini masih terlihat di tanah suci Makkah dan Madinah saat ini. Pantaslah di sana kehidupan masyarakatnya makmur, relatif aman dan harga keperluan hidup stabil sejak puluhan tahun yang silam. Misalnya harga telur, apel, ayam, pisang dan udang tetap tidak berubah sama dengan saat ini.
Sangat sayangnya Rasulullah SAW kepada pengikutnya, sampai beliau berdoa: "Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun subuh". Dan dalam hadis lain beliau menjamin bila orang senang bangun subuh maka rezeki dan hidupnya akan berkah seperti sabda Rasulullah SAW: "Berpagi - pagilah kamu mencari segala keperluan atau hajat, karena sesungguhnya diwaktu pagi itulah terdapat berkah".
Kenapa maka solat subuh itu memperoleh perhatian utama? Sebab Allah SWT sendiri telah menegaskannya dalam Al Quran: "Dan (dirikanlah pula solat subuh). Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)". ( Al Isra (17) ayat 78 ).
Salat subuh memang merupakan tolok ukur keimanan seseorang. Jika ada seorang mukmin-walaupun ia kerap puasa, tilawah Al Quran, berzikir atau bahkan ia seorang ustaz sekalipun, namun ia masih merasa berat untuk bangun menghadiri solat subuh berjemaah di masjid, maka ia harus banyak bermuhasabah, jangan-jangan ia termasuk dalam katagori sabda Rasulullah SAW : "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya dan solat subuh" (HR.Ahmad), demikian antara lain komentar Dr Imad Ali Abdus Sami Husain dalam bukunya "Keajaiban Salat Subuh". Hal senada juga diungkapkan oleh Dr. Raghib As-Sirjani, seperti dikatakannya: "Seorang ustaz yang tidak menjaga solat subuh dalam berjemaah, tetapi dia berbicara dan berceramah dalam sebuah majlis tentang tegaknya agama Allah dimuka bumi, Naif !".
Dasar kenyataan kedua ulama dan penulis Timur Tengah di atas, sudah pasti peristiwa yang terjadi di zaman Rasulullah SAW. Sebab bila beliau meragukan keimanan seseorang maka Nabi SAW akan menelitinya pada saat solat subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat subuh, maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati. Ubai bin Ka'ab berkata: "Rasulullah SAW pernah solat subuh, kemudian berkata, 'Apakah kalian menyaksikan bahwa si Fulan solat?' Mereka menjawab, ' Tidak '. Beliau berkata lagi , ' Si Fulan ? '. Mereka menjawab , ' Tidak '. Maka Nabi Mulia itu berkata: "Sesungguhnya dua solat ini (subuh dan Isya) adalah solat yang berat bagi orang-orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat subuh dan isya, maka mereka akan mendatanginya, sekalipun dengan merangkak. (HR. Ahmad dan An-Nasai). Ibnu Umar RA pun berkata: "Ketika kami tidak melihat seseorang dalam solat subuh atau isya, kami langsung berperasangka buruk kepadanya." Dan ujar Imam Malik lagi : "Batas antara kita dengan orang-orang muanfik adalah menghadiri solat isya dan subuh, sebab orang-orang munafik tidak sanggup menghadiri kedua salat tersebut".
Diceritakan satu ketika Rasulullah SAW solat subuh di masjid Nabawi. Begitu pulang beliau mendapati putrinya Siti Fatimah masih tidur. Maka beliau pun membalikklan tubuh Fatimah dengan kakiknya, kemudian berkata: "Hai Fatimah, bangun dan saksikanlah rezeki Robbmu, karena Allah SWT. membagi-bagi rezeki para hamba antara salat subuh dan terbitnya matahari". ( HR.Baihaqi ).
Dilain waktu Rasulullah SAW menjadi imam solat subuh, Beliau tidak melihat Ali bin Abi Thalib RA. Khawatir menantunya ini sakit, beliau langsung menuju rumahnya. Ketika bertemu dengan Siti Fatimah, mendapat penjelasan bahwa sangat asyiknya Ali, suaminya beribadah malam, maka solat subuh dilakukan di rumah. Rasulullah SAW kemudian berkata: "Solat subuh yang dilakukan secara berjemaah (di masjid), lebih bagus daripada ibadah yang dilakukan seseorang sepanjang malam di rumah".
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang melaksanakan salat isya secara berjemaah , maka ia seperti salat malam separuh malam. Dan barangsiapa yang melaksanakan salat subuh secara berjemaah, maka ia seperti salat malam satu malam penuh". Sehingga Ibnu Umar RA pun menegaskan: "Sungguh, aku bisa melaksanakan salat subuh secara berjemaah, itu lebih aku sukai daripada salat malam semalam suntuk". Sudah pasti yang paling baik adalah istiqamah salat malam di rumah sesuai kemampuan dan ditutup dengan salat subuh secera berjemaah di masjid.. Wallahualam.**

Khamis, 28 April 2011

kisah ali dan yahudi

Kisah Saidina Ali...

Dalam suatu peperangan, Ali bin Abi Thalib berhadapan sendirian dengan musuhnya yang bersendirian pula. Musuhnya begitu kuat sehingga belum satupun yang dinyatakan tewas. Hampir-hampir leher Ali terkena pedang musuh yang melayang sangat cepat itu, tetapi kerana ketangkasan beliau pedang itu tidak menyentuh leher beliau sedikitpun. Tetapi kerana pedangnya hampir mengenai leher beliau ketika itulah musuh itu lengah. Dia menyangka Ali telah mulai lemah, padahal ternyata Ali mempunyai langkah-langkah yang menipu musuhnya itu hingga tersalah langkah. Ali kemudian menolak musuhnya itu sehingga terjatuh. Dan bagaikan harimau, Ali dengan cepat menerkam dan menindih dada musuhnya itu dan senjata pedangnya siap untuk dihunuskan ke arah jantungnya. Tiba-tiba dengan cepat pula musuh itu meludahi wajah beliau sehingga basah.

"Astaghfirullah" teriak Saidina Ali. Ali marah bukan kepalang sehingga muka beliau menjadi merah. Dia malah membuang pedangnya dan segera meninggalkan musuhnya itu. Musuhnya yang Yahudi itu hairan melihat perangai Ali yang tidak jadi membunuh musuhnya itu.

"Mengapa anda lepaskan saya? Mengapa anda melepaskan peluang untuk membunuh saya?"tanya musuhnya itu dengan hairan.

Dengan menahan marah yang luarbiasa Ali bin Abi Thalib mengatakan "Aku hendak membunuh engkau kerana mempertahankan agama Allah. Tetapi setelah engkau ludahi mukaku, aku sangat marah, sebab hal itu menyinggung kehormatan diriku. Kalau aku jadi membunuh engkau selepas engkau ludahi mukaku, bererti aku membunuh bukan kerana Allah, tetapi kerana dendam diriku sendiri" kata Ali. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Ali berkata "Jika engkau menghinaku sebagai peribadi aku tidak lagi ikhlas membunuhmu, kerana aku membunuh kerana membela peribadiku, tetapi jika engkau menghina agamaku engkau pasti akan ku bunuh"

Begitulah dalamnya keikhlasan sahabat Nabi ini, sehingga dalam keadaan berperang yang memang memerlukan emosi dan tenaga, keikhlasannya masih terjaga. Dalam keadaan apa jua pun dengan keikhlasan yang mendalam akan membimbing kita kepada tujuan amal kita, sama ada untuk kepentingan peribadi atau untuk kepentingan agama...

Piramid Bercirikan Melayu tersembunyi di lautan Jepun


Thursday, April 28, 2011

Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel


Sebuah piramid telah ditemui oleh sekumpulan arkeologi di dasar laut di jepun. Namun, anehnya piramid tersebut dikatakan mempunyai banyak ciri-ciri KeMelayuan. Tidak semua binaan piramid ini selamat. Kebanyakan binaan piramid yang melalui senibina kepingan batu besar ini akan terselit 'keris' sebagai lambang bangsa pembina. Oleh kerana itu, rekod bangsa Melayu, telah banyak kali dipadam dan disembunyikan oleh pendatang-pendatang Eropah kerana mereka tahu, (rekod tamadun Melayu tidak berada di tangan Melayu lagi), pesaing tamadun di Timur bukanlah dari empayar Dinasti Chin dan Dinasti Ming di tanah besar China.
Namun, hakikatnya ialah, Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
 

Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho?

Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat (Britain dan UNESCO). Penemuan sejumlah keris dalam sejumlah yang besar di tugu piramid di dasar lautan Okinawa boleh meledakkan pemikiran anda mengkaji siapa Melayu itu.
Lokasi tersebut kini bernama Okinawa. Jika pada 2000 tahun sebelum itu, apa nama tempat itu? Jangan dibutakan mata anda akibat perubahan nama dan ianya menjadi milik negara lain pula. Lihatlah apa yang terjadi pada kerajaan-kerajaan Melayu di utara.
KEMBOJA ditukarnya menjadi Cambodia ,
CEMPAKA ditukarnya menjadi ?
MELATI ditukarnya menjadi ?
Anda fikir Myanmar, Burma, Vietnam, Laos itu negara apa? Mereka itu semuanya adalah negara-negara peninggalan rumpun bangsa-bangsa agung Melayu di zaman silam. Soal agama, bukan satu isu kerana yang dibincangkan sekarang adalah soal 'bangsa' dan 'ketamadunan'. Tidak kisahlah apa juga agama yang mereka anuti dahulu samada Hanif, Jawi, Hindu, Buddha ataupun Islam.


Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :

  • UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
  • TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
  • TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
  • SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."

-Nostradamus



MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.

Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.

Wallahualam...

Rabu, 27 April 2011

Homo Sapiens

Agenda menghasilkan manusia separa robot bukanlah hanya fantasi di televisyen, tetapi ianya suatu usaha yang realiti dan benar-benar berlaku tanpa disedari orang awam. Usaha ini telah dilakukan oleh beberapa organisasi bukan kerajaan yang dipercayai ditaja oleh Illuminati.
Fokus penghasilan manusia separa robot

Sekumpulan ahli-ahli saintis yang terkenal (tetapi disembunyikan populariti mereka) dalam bidang sains biologi telah bersepakat bahawa dunia perlu menerima kewujudan ‘manusia separa robot’ sebagai langkah menghadapi bencana akhir zaman.

Menurut propaganda tahyul mereka, manusia akan menghadapi kepupusan populasi yang mendadak secara tidak sedar walaupun pada zahirnya statistik tahunan menunjukkan kadar kelahiran semakin meningkat.

Hujah kelompok saintis ini yang diketuai oleh Dr. Nick Bostrom menyatakan penyakit-penyakit moden akhir zaman dan perang nuklear yang bakal berlaku akan menyebabkan kadar kematian menaik dengan mendadak.

Mereka beralasan bahawa manusia biasa dengan keadaan biologi biasa tidak mampu menghadapi situasi ini kerana elemen kognitif manusia adalah sama sejak ribuan tahun dahulu tetapi persekitaran sentiasa berubah setiap tahun.

Atas alasan ini, Dr. Nick Bostrom telah memberikan penekanan bahawa hanya manusia yang mempunyai ciri-ciri biologi berteknologi sahaja yang mampu bertahan dengan perubahan dan ancaman dari bencana-bencana dunia.

Dalam seminar empat hari yang berlangsung di Universiti Oxford pada 5 Julai lepas, Bostrom menegaskan,
Sebarang entiti yang didapati lebih bijak dari manusia akan ditakrifkan sebagai lebih berkuasa.”
Kenyataan tegas Bostrom di dalam seminar tersebut ini harus diperhalusi dan diambil berat oleh semua orang khususnya orang Islam kerana Dr. Nick Bostrom adalah Pengarah Future of Humanity Institute di Universiti Oxford.

Pembinaan Biologi Manusia yang lebih kompleksManusia separa robot yang bakal diperkenalkan ini bukanlah seperti Robocop, Terminator atau Data (pekerja kapal angkasa Star Trek). Ia juga bukanlah sejenis manusia yang dipenuhi besi-besi pada tubuh badan dan kepala.

Ianya lebih kepada pembinaan sistem saraf dalaman manusia yang disokong oleh teknologi nano dan micro cip. Ini bermakna, manusia itu tetap manusia tetapi keupayaan deria-deria semulajadinya akan dipertingkatkan ke tahap luar normal.

Kami percaya, peranan gabungan teknologi dengan biologi manusia akan diambil peranannya oleh jentera nano robot. Nano robot adalah satu vektor kompleks yang boleh diprogramkan peranannya dari jarak jauh, maka tidak mustahil jika ia di reconstruct sebagai penyokong saraf secara kekal.

Ini berdasarkan laporan dari seminar Dr. Nick Bostrom sendiri, sejenis nano robot berbentuk sel darah merah sedang dibangunkan untuk diuji pada bila-bila masa. Sel darah sintetik itu berupaya membuat pelari jarak jauh Olimpik bernafas hanya sekali dalam masa 15 minit. (mungkin telah digunakan beberapa kelab bola sepak profesional tanpa pengetahuan umum).
Kemungkinan sel darah sintetik akan digunakan anggota tentera Illuminati amat diyakini kerana ia mengelakkan keletihan yang teruk ketika perang. Manakala umat Islam secara holistik, semuanya layak menjadi tentera kerana mampu berpuasa tanpa sokongan nano robot dalam badan.

Perang akhir zaman akan lebih kompleks
Usaha-usaha kumpulan saintis Dajjal ini menunjukkan perang akhir zaman adalah lebih kompleks, maju, sistematik dan luar jangka. Situasi sebegini juga membuktikan bahawa hadith-hadith akhir zaman amat tepat dan bukan lagi sebuah bahasa kiasan atau perlambangan konsep. Maka disebabkan itu, kami telah mengeluarkan sebuah artikel berkaitan teknologi Nabi Isa pada tahun lepas.

Kemungkinan tentera-tentera Dajjal akhir zaman akan dianggotai oleh kelompok manusia separa robot semakin menjadi kenyataan. Ia bukan lagi dongeng Spielberg di layar perak, ia sedang berlangsung dan sedang diusahakan sekarang ini.

Dunia akhir zaman menunjukkan teknologi bukan lagi mesti memegang atau menggunakan sesuatu ‘alat maujud’ untuk menikmati teknologi itu tetapi ia sudah mencapai peringkat ‘gabungan bersama biologi manusia’.

Hakikatnya…
Berapa pula masa yang umat Islam ada untuk menghadapi perang akhir zaman ini? Sedangkan buku-buku teks sains di universiti tempatan pun masih lagi berhabuk dengan tulisan-tulisan saintis barat.


(Kanan) Dr. Ray Kurzweil, sekarang bertugas di Universiti Clarkson, New York.

Salah seorang ahli panel yang hadir bersama Bostrom iaitu Dr. Raymond Kurzweil telah mengeluarkan kenyataan yang amat mengejutkan dengan penuh yakin;

“This will happen faster than people realize.”

Akhbar Fortune sendiri telah mengiktiraf Kurzweil sebagai “The Smartest Futurist on Earth”, manakala pengerusi Microsoft juga menggelarkan beliau sebagai “Visionary thinker and futurist.” Selain itu, Kuzrweil juga menjangkakan pada 2020, generasi kedua nano robot akan dihasilkan.