I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Mac 2011

BATAL WUDUK APABILA MENYENTUH ISTERI???BETUL ATAU SALAH ATAU ....???

Mazhab Syafie sahaja yg kate batal dan yg lain kate tak batal… mereka berbeza2 pendapat berdasarkan terjemaahan dan fahaman dr ilmu mereka tentang An-Nisa :43…. kita sebagai org awam boleh berpegang ngan mane2 pendapat asalkan kita tahu dan arif tentangnya.. .

1. Pendapat yg mengatakan BATAL.

Maksudnya: “… atau jika kamu menyentuh perempuan”. [An-Nisa’: 43].Mereka berhujah bahawa yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah: “Al-Lams” iaitu sentuhan.

Hakikatnya sentuhan dari segi bahasa ialah menyentuh dengan tangan. Juga telah disabitkan bahawa Ibnu Umar menafsirkan ayat ini sedemikian. Kata Ibnu Umar:

Maksudnya: “Kucupan seorang lelaki terhadap isterinya, menyentuhnya dengan tangan adalah dikira “mulamasah”, oleh itu sesiapa yang mengucup atau menyentuh isterinya dengan tangan maka hendaklah dia mengambil wudhu.” [Riwayat Imam Malik di dalam Al-Muwatta’].

Maka Imam Syafei menyatakan jika sesiapa yang menyentuh dengan tangannya perempuan yang sah dinikahinya, maka terbatal wudhu’ dengan sebab itu. [Al-Umm: 1/63].

Manakala tentang hadis-hadis yang digunakan oleh pendapat kedua dan ketiga (ada di bawah ini), mazhab Syafei menafsirkan samada sentuhan itu berlaku dengan berlapik ataupun khusus untuk Rasulullah saw sahaja.

2. Pendapat yg mengatakan TIDAK BATAL

Ini adalah pendapat Ibnu Abbas dan Ali bin Abi Talib ra yang menafsirkan firman Allah Ta’ala: “Al-Lams” itu maksudnya bersetubuh atau jimak, bukan sekadar bersentuh seperti pendapat kumpulan pertama tadi. Ini juga pendapat yang diriwayatkan daripada Thawus, Al-Hasan, ‘Ata’ bin Abi Rabah dan Sufyan Ath-Thauri.

Mazhab Hanafi serta satu riwayat dari Imam Ahmad juga berpendapat walaupun menyentuh dengan syahwat tidak terbatal wudhu’, kecuali dengan berjimak.

Dalilnya:

1) Ummul Mukminin Aisyah ra. berkata: Maksudnya: “Pada suatu ketika saya tidur di hadapan Rasulullah saw yang sedang bersolat dan dua kaki saya di arah kiblatnya. Apabila Baginda bersujud (tangannya) mengenai (kaki) saya, lalu saya menarik kaki saya, (sedangkan Nabi meneruskan solatnya). Apabila Baginda bangun saya pun menghulurkan semula kaki saya. Kata Sayyidatina Aishah ra. lagi: “Dan rumah-rumah pada masa itu tidak berlampu”. [HR Al-Bukhari : 382] .

2) Begitu juga sebaliknya, jika seorang perempuan menyentuh kulit lelaki, tidak batal wudhu’nya, sebagaimana riwayat daripada Aisyah ra. Maksudnya: “Pada suatu malam, Rasulullah saw berenggang daripada saya, maka saya pun mencari beliau dengan tangan saya, tiba-tiba tangan saya tersentuh dua telapak kaki Baginda ketika Baginda sedang sujud”. [HR Muslim: 486].

3) Aisyah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: “Rasulullah saw sedang bersolat manakala aku tidur di arah kiblatnya seperti jenazah. Apabila Baginda ingin bersolat witir, disentuhnya aku dengan kakinya.” [HR Ahmad: 6/260, An-Nasa’ei: 166. Sahih.]

4) Aishah ra. juga meriwayatkan: Maksudnya: “Rasulullah saw mengucup salah seorang isteri Baginda, kemudian keluar menunaikan solat, sedangkan Baginda tidak pula mengambil wudhu”. [H.R Ahmad No. 25766, Abu Daud: 179. Sebahagian ulama’ (Al-Albani) mengatakan hadis ini sahih, tetapi ramai juga yang mengatakan hadis ini dhaif].

3) Pendapat yg BERSYARAT.

Iaitu terbatal wudhu’ jika menyentuh dengan syahwat, tetapi jika tanpa syahwat, tidak akan terbatal wudhu’. Ini adalah pendapat mazhab Hanbali, Maliki dan ahli feqah (fuqaha’) penduduk MadinahPendapat ini juga berdasarkan hadis-hadis Ummul Mukminin Aisyah ra. di atas tadi. Nyata bagi mereka setakat menyentuh saja (tanpa syahwat) tidaklah membatalkan wudhu’.

Perkataan “Ghamazni” dan “Massani birijli” itu adalah dimaklumi bahawa persentuhan sedemikian adalah tanpa keinginan syahwat. Kerana itulah sumber ini digunakan sebagai dalil bahawa menyentuh tanpa syahwat itu tidak membatalkan wudhu’. Pengarang kitab “Al-Mughni” (1/256) mengatakan: “Sesungguhnya dengan hanya menyentuh semata-mata belumlah menghadaskan seseorang, kerana yang menjadikan seseorang itu berhadas ialah dengan keluarnya air mazi atau air mani, iaitu apabila berlakunya keinginan syahwat”.

Kesimpulan: Perbandingan antara mazhab ini menunjukkan bahawa hanya mazhab Syafei sahaja yang agak berat dalam masalah ini, di mana hanya bersentuhan sahaja (samada sengaja atau tidak) telah membatalkan wudhu’. Sedangkan Imam-imam mazhab lain lebih ringan dan terbuka.

Mazhab Hanafi berpendapat maksud bersentuh itu dengan bersetubuh. Manakala Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal pula mengatakan sentuhan yang membatalkan wudhu’ ialah yang menimbulkan keinginan syahwat.

Maka pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat jumhur yang mengatakan tidak batal wudhu’ dengan sebab menyentuh perempuan sebagaimana yang telah ditafsirkan oleh Abdullah Ibnu Abbas ra (Turjuman Al-Quran dan Habrul Ummah) dan Ali bin Abi Talib ra yang menafsirkan firman Allah Ta’ala: “Au Laamastum”, “Al-Lams” itu maksudnya bersetubuh atau jimak, bukan sekadar bersentuh. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir].

Adapun dakwaan bahawa sentuhan di antara Rasulullah saw dan Aisyah adalah dengan berlapik atau hanya khusus untuk Rasulullah sahaja, ramai ulama’ mengatakan bahawa dakwaan tersebut tidak mempunyai dalil yang jelas atau bukti yang menunjukkan sentuhan itu adalah berlapik. Kata ulama’: “Satu hukum yang amat perlu diketahui oleh umat pasti dijelaskan oleh Rasulullah saw walaupun secara umum kemudian dinukil oleh jenerasi umat ini…

Dengan ini diketahui bahawa tidak wajib mengambil wudhu’ kerana bersentuh dengan perempuan… kerana seseorang itu sentiasa tersentuh isterinya dengan syahwat atau tidak, kemudian tidak ada pula riwayat yang menjelaskan bahawa Rasulullah saw mengarahkan agar mengambil wudhu’ kerananya. Al-Quran pula tidak menunjukkan maksud sedemikian, bahkan apa yang dikehendaki dengan mulamasah ialah jima’”. [At-Tarjih 73-74]Namun bagi mereka yang menyentuh dengan syahwat, adalah lebih baik baginya untuk memperbaharui semula wudhu’nya, sebagaimana yang disarankan oleh sebahagian ulama’..

(sumber: kukurkelapa@ yahoo.com, “kenapa wuduk kita terbatal apabila isteri tersentuh suami atau sebaliknya”, Saturday, December 29, 2007 8:57:36 AM)

Selasa, 22 Mac 2011

berdoa untuk GAZA~



aku sedih melihatkan GAZA.....dari dahulu sehingga sekarang....diratah, dijamah, disiksa, diperkosa, dibunuh, dihina, dicaci, diperkotak-katikkan....OIC plak entah apa fungsi sebenarnya shinggakan saudara seagamamu yang diperakukan seperti besi buruk oleh bangsa-bangsa barat jahil yang hina kamu biarkan begitu sahaja....MALAYSIA?????????DULU NEGARA ISLAM LAAA.....SEKARANG???ISLAM LAGI????hukum HUDUD ALLAH x dtunaikan....ISLAM KE TU????menganggap hukum ALLAH ni mcm x sesuai dengan masyarakat kita...sudaaa laaaa~~~~apa pun,,,jom doa untuk GAZA....~sedih~

Isnin, 21 Mac 2011

ILMU BAHASA SERIBU MAKNA - BY - SANGTAWAL

ilmu bahasa mata : seribu makna !

Sesungguhnya kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita seperti nikmat sihat tubuh badan dan nikmat berupa rezeki dan ketenangan jiwa..

Sudah pasti Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada hambanya yang bersyukur.Pancaindera yang dikurniakan Allah kepada kita berupa penglihatan,pendengaran,bau,rasa, dan sentuh hendaklah disyukuri selalu.




Sesungguhnya setiap deria yang kita ada itu dikoordinasikan oleh Allah melalui sistem saraf atau neurologi yang agak kompleks dalam tubuh kita.Apa yang berlaku kepada kita dan apa yang kita buat adalah hasil dari berbagai koordinasi kompleks sistem saraf yang merangkumi sistem saraf pusat( central nervous system) dan sistem saraf periperi( peripheral nervous system) dalam badan kita baik ketika kita sedar atau ketika kita tidak sedar melalui sistem simpatetik dan parasimpatetik.






Gerak kerja sistem saraf kita yang diciptakan Allah ini begitu menakjubkan dengan perantaraan impuls (nerve messenger) melalui sel sel saraf atau disebut neuron.Semua pergerakan terkawal(conscious state) melalui sistem lokomotor dan pergerakan tidak sedar(unconscious) atau separa sedar(subconscious) adalah dikawal selia oleh sistem saraf kita.Contoh yang paling mudah ialah apabila kita hantar signal atau isyarat ke otak bahawa kita akan buang air kecil bila sampai di rumah atau di pejabat,maka bila sampai ketempat yang kita isyaratkan dalam otak itu, kita terus akan merasa hendak buang air dengan tiba tiba dan tidak tertahan lagi.Satu contoh lagi ialah sewaktu kita mula mengayuh basikal,kita berada dalam keadaan sedar dan terkawal,bila kita mula mengayuh,pergerakan kaki kita dikawal oleh system separa sedar pula membolehkan kita mengarahkan deria lain badan kita seperti menikmati alam sekitar atau berbual bual dengan sahabat kita yang sama-sama berbasikal.






Kesimpulannya,semua perbuatan,perkataan ,gerak badan dan emosi kita adalah gambaran luaran kepada rohani atau spiritual kita.Oleh itu dalam islam,sesuatu perbuatan kita itu dinilai disisi Allah adalah berdasarkan niat dan niat pula datangnya dari hati. Perlaksanaan niat adalah melalui akal dan seluruh sistem saraf adalah berfungsi mengikut keperluan akal kita.






Apa yang ingin saya kongsi dengan anda semua ialah bagaimana kita ingin menilai kebenaran itu hanya dengan mengkaji dan menilai seseorang melalui isyarat-isyarat yang dijelmakan oleh pancaindera yang lima itu.Salah satu ilmu yang jarang disentuh oleh kita ialah NLP(Neuro-Linguistic Programming): Neuro merujuk kepada brain, linguistic merujuk kepada bahasa samada verbal atau non verbal manakala programming bermakna “installation of a plan or procedure”. Ilmu sains yang ditemui oleh John Grinder(pakar bahasa) dan Richard Bandler(pakar matematik,ahli terapi Gestalt dan pakar computer) .








“Just by watching people and listening to what they say,you can get an immediate impression of which systems they are using.And NLP utilizes even more specific indicators of what’s going on in someone’s mind”- kata Anthony Robbins dalam bukunya Unlimited power.







Disini ingin saya berkongsi rahsia ilmu NLP ini untuk menilai seseorang itu melalui pergerakan matanya saja.Bayangkan muka seseorang dihadapan anda.Bayangkan dia

ada sepasang mata.Mata itu boleh bergerak ke atas kanan(VC),selari ke kanan(AC) dan ke bawah kanan(K) atau ke atas kiri(VR),selari ke kiri(AR),ke bawah kiri(AD).jadi kesimpulannya kita ada 6 jenis pergerakan mata.Untuk makluman kita biasanya otak kanan berfungsi untuk berfikir,logik,pemikiran konkrit,membuat analisis manakala otak bahagian kiri pula berfungsi untuk memori atau pemikiran kreatif.








VC

Visual Constructed

VR

Visual Remembred

AC

Auditory Constructed

AR

Auditory Remembered

K

Kinesthetic

AD

Auditory Digital


Penerangan kepada pergerakan mata seperti diatas :


VR-melihat imej yang pernah dilihat sebelum ini.biasannya kalau kita ingin menguji kebenaran seseorang itu…bila kita bertanya…

Apakah warna baju yang awak pakai ke pejabat kelmarin…?

Berapakah bilangan jendela dirumah anda?

Dia bercakap benar bila matanya secara spontan bergerak keatas kiri(VR)..

JIKA matanya bergerak keatas sebelah kanan(VC) :
maksudnya dia cuba mereka reka cerita dan menipu kita. Contoh soalan lain yang boleh ditanya ialah...
siapakah orang-orang yang bersama dengan anda untuk melompat pagar nanti?





VC- Menggambarkan gambar,warna atau imej yang belum dilihat sebelumnya. Biasanya respon pergerakan mata akan bergerak keatas kanan (VC) bila ditanya soalan seperti :

Bolehkan awak bayangkan bagaimana warna ruang tamu rumah anda yang sekarang ini ditukar dari warna hijau ke warna biru?

Bolehkan awak bayangkan warna baju awak kalau terkena cat berwarna merah?

Cuba bayangkan jika kamu mempunyai tiga biji mata?

Bagaimana rupa kamu bila ada hanya satu mata?




AR-Mengingati bunyi yang pernah didengar sebelum ini.Biasanya respon mata akan bergerak ke kiri…contoh soalan yang biasa ditanya ialah…bagaimana bunyi jam loceng atau bagaimana bunyi deringan handphone awak?..dia bercakap benar bila sebelum menjawab soalan kita matanya bergerak selari ke kiri(AR), jika matanya bergerak ke kanan atau kearah lain…dia menipu kita.contoh soalan lain yang boleh ditanya ialah bagaimana bunyi suara orang yang menumbuk muka anda dulu?

AC-menggambarkan bunyi yang belum pernah didengar atau diingati sebelumnya…biasanya respon mata akan bergerak selari ke kanan(AC)…contohnya…jika awak buat lagu baru dengan petikan gitar eletrik,bagaimanakah bunyinya? Atau bagaimanakah bunyi suara awak bila awak memarahi seseorang yang cuba mengacau kekasih anda? Apakah perkataan pertama yang awak akan sebut bila diberi peluang bertemu paklah atau chedet nanti?

AD- bercakap dengan dirinya sendiri…respon mata akan bergerak kebawah kiri.(AD)..contohnya…katakan pada diri awak apa yang awak sebut atau baca ketika awak berdepan dengan masalah seperti ini….atau katakan "aku boleh" pada diri anda sendiri…atau...katakan pada diri anda...aku akan tetap melangkah ke putra jaya....

K- merasa emosi,merasa sentuhan,atau merasa pergerakan otot…matanya akan bergerak ke kanan bawah (K)…contohnya…cuba bayangkan saat kegembiraan awak ketika mendengar berita gembira itu…atau..apakah perasaan awak ketika kematian emak awak?...atau cuba bayangkan pelakon wanita cantik itu datang dan memeluk awak…atau cuba awak bacangkan sekiranya anda terpijak jarum yang tajam.

Oleh itu,marilah kita belajar ilmu ini dan cuba amalkannya dalam kehidupan seharian kita.insyaAllah kita tidak mudah ditipu oleh seseorang yang cuba mengambil kesempatan keatas kita.Untuk menilai kebenaran kata-kata pemimpin pujaan kita dan keikhlasannya cuba kita lihat pergerakan matanya sebelum dia bersuara.Kita juga boleh menilai kebenaran kata kata pasangan hidup kita,sahabat kita atau anak anak kita melalui pergerakan matanya.

Dan carilah kebenaran ini melalui ilmu bahasa mata: seribu makna ini.

Selamat mencuba!!!

sangtawal sakranta.

Ahad, 20 Mac 2011

Misteri melayu : Keris dan Piramid di dasar lautan Okinawa






Tajuk : Keris dan Piramid di dasar lautan Okinawa.


Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Sebenarnya sudah lama dunia tahu berkaitan dengan penemuan sebilah keris purba di sebuah kuil purba “Enkakuji Temple”di dasar lautan Pulau Okinawa Jepun.Dunia juga sudah lama tahu tentang penemuan sebuah piramid di dasar lautan Okinawa.Sudah sekian lama juga dunia tahu gambar ukiran keris telah diabadikan di dinding candi borobudur yang diberi nama Kujang itu!

Cuba lihat laporan akhbar The Star bertarikh 26.6.2003 di bawah berkaitan keris purba tersebut yang ditemui di Okinawa ,Jepun itu :

[The star : By : Devid rajah, OKINAWA: An ancient blade of a keris found recently at the royal Enkakuji Temple grounds near the 15th century Shurijo Castle might unravel the ties the Malay world had with these southwestern islands of Japan. As the war-ravaged Enkakuji Temple was being restored, construction workers stumbled upon a protruding porcelain pot handle at a spot where offerings were made to the gods. The ensuing archaeological dig unearthed nine other items, including the wavy blade of a keris, foreign to this part of the world.

The blade measuring 22.1cm from the tip to hilt was found without the handle and sheath, as the wooden parts had been destroyed.
According to the Okinawa Prefecture Archaeological Centre officials the blade was found buried along with other items, including a clay plate with carvings of a dragon shaped boat, a glazed pot, a gold-plated door hinge and a metal door skirting. The castle restoration work started in 1989 and the Shurijo Park was opened to public in 1992 while restoration work at the temple is still ongoing.

Prof Dr Kurayoshi Takara a historian from the University of The Ryukyus said the discovery had not been publicised much and is unknown to people outside Okinawa and Japan. He believes the discovery of the blade of a keris would spark international interest among historians and archaeologists to determine its origin. “I personally believe it could have been from Malacca because the Ryukyus Kingdom had started trading with Malacca in the 15th century,” said Prof Takara, who has been to Malaysia and Malacca to carry out research on the ancient ties the Kingdom of Ryukyus had with Southeast Asian kingdoms.

From historical records, Prof Takara said, the Ryukyus had started trading with Siam (Thailand), between 1425 and 1570, Malacca (1463-1511), Patani (Southern Thailand) (1490-1543) and several other areas in Indonesia (Palembang, Java and Sumatra) and Cambodia. “Records also indicate Ryukyuan junks went to Malacca every year for 49 years and carried out trade with local merchants, Arabs and Indians.

“They would bring gold, silver, copper, tin, and Chinese ceramic from mainland Japan and China and trade them for ivory and wine,” he said, adding that there were also correspondence between the rulers of Malacca and Ryuyukus.
Malacca was also known for its high quality wine (believed to be nipah wine), but later years Ryukyuans started buying it from Thailand when Malacca stopped making it. ]


Bila sebut saja Keris,maka tergambarlah kepada kita tentang kehebatan keris Taming Sari milik Hang Tuah yang digunakan untuk membunuh sahabat sejatinya Hang Jebat.Misteri yang menyelubungi kisah keris Taming Sari ini terus menghantui kita sepanjang sejarah hingga ke hari ini.Benarkah keris Taming Sari itu telah dicampakkan ke dalam Sungai Duyong Melaka oleh Hang Tuah atau benarkah keris itu dipulangkan oleh Hang Tuah kepada Tun Mamat lalu Tun Mamat mempersembahkannya kembali kepada Sultan Melaka,juga menjadi persoalan sepanjang sejarah.
Berkenaan dengan Keris Taming Sari itu boleh di baca serba sedikit di dalam artikel di bawah :
[Sumber : klik sini

THE LEGEND OF THE KERIS TAMING SARI

Legend had it that the mystical keris Taming Sari could fly and seek out the enemy, just like modern missiles. Not only that but it would even rattle in its sheath to warn its owner of potential danger.

In the 15th. Century, when he wanted to ask for the hand in marriage of Majapahit princess Raden Galoh Chandra Kirana, Sultan Mansur Shah traveled to Java with his royal bodyguard, Hang Tuah.Unfortunately, Hang Tuah, instead of the Sultan, became the center of attention there.This was the opportunity that Pateh Gajah Mada had been waiting for to oust Hang Tuah permanently from the Sultan’s favourite list.

The envious palace official engaged a Javanese warrior, Taming Sari, to kill Hang Tuah but the tables turned and Hang Tuah won the fight as well as Taming Sari’s keris (also named Taming Sari). Thus began the legendary saga of Malaysia’s most celebrated dagger.


Taming Sari, classified as keris kuasa or bawar, is made of an alloy of 20 metal composites, some said to come from bolts holding Mecca’s Holy Kaabah gates. A keris kuasa is said to poses supernatural powers and has to be “cleansed” in the melimau ceremony periodically to retain its potency. When he could not persuade Puteri Gunung Ledang to marry Sultan Mahmud, Hang Tuah threw the Taming Sari into Sungai Duyong out of frustration.

One legend said that if the Taming Sari surfaced up Sungai Duyong, Melaka will be famous again
Another legend said that Tun Mamat did history a favour when he recovered the Taming Sari for the Sultan’s safekeeping.

In 1511, the Portuguese conquered Malacca and Sultan Mahmud fled to Johor-Riau and later to Kampar in Sumatra.
Taming Sari finally found a permanent home in Perak as part of its state regalia when Sultan Mahmud’s son, Sultan Muzaffar Shah 1, was installed as the first Sultan of Perak and the keris was passed on to his successors till present day.

Footnote: The keris is a weapon peculiar to the Malay Archipelago which encompasses Thailand’s Pattani region, Malaysia, Indonesia, the Philippines’ Mindanao region and certain parts of Cambodia. Historians believe the first keris was developed in 9th. Century and perfected by 14th. Century. In Aceh, the keris is call rencong and Sulawesi, badik.

The keris is surrounded by mystery and there are tales of deaths being caused by simply thrusting the keris into a victim’s footprints.
Sculptures of keris, dating back more than 400 years have been found in Central Java’s Chandi Borobudur where it is known as kujang. ]

Jika dilihat kepada kukuh dan utuhnya besi keris purba yang dijumpai setelah terendam ratusan atau mungkin ribuan tahun di dasar lautan itu seperti dalam gambar di atas,dapatlah kita simpulkan bahawa keris itu bukanlah sembarangan keris.Kalau tidak masakan ia masih dalam keadaan baik,tidak berkarat atau sudah hancur lebur dalam air laut masin itu!

Teliti baik-baik keris di atas, ia ber-luk sembilan, sudah tentu ia adalah sebilah keris kebesaran! Kalau keris untuk bertikam sudah tentu keris itu ber-luk tujuh.Biasanya orang besar dulu-dulu seperti sultan atau pembesar negeri selalu membawa dua bilah keris- satu untuk bertikam atau melindungi diri dan satu lagi untuk menunjukkan pangkat kebesaran mereka.Keris ber-luk tujuh diselit di pinggang,manakala yang ber-luk sembilan dibawa di tangan atau diusung dengan penuh kehormatan mengiringi perjalanan mereka!lihat majlis pertabalan raja-raja di Negara kita!

Saya tidak pasti keris Taming Sari itu ber-luk tujuh atau ber-luk sembilan.Mungkin para pembaca semua boleh menolong saya dengan memberi komen disini.

Manusia dan besi tidak boleh dipisahkan.Allah telah menurunkan satu surah di dalam Al-Qur an khas berkaitan dengan besi iaitu Surah al- Hadid (besi).Besi adalah kurniaan Allah yang merupakan pokok kekuatan untuk membela agama Allah dan memenuhi keperluan hidup manusia.


“..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia,(supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong(agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha Perkasa”

Surah Al-hadid, ayat 25.


Sejarah meriwayatkan Nabi Daud a.s telah diberi mukjizat oleh Allah swt berupa kemahiran pertukangan besi ,membuat baju besi dan senjata .Besi juga boleh menjadi cair di tangan baginda!Mungkin baginda juga mahir dalam teknik yang dikenali dewasa ini sebagai teknik Orichalcum iaitu mencampurkan alloy kedalam campuran besi untuk membentuk besi teguh .


'Orichalcum' merupakan istilah latin untuk peleburan logam(pencampuran pelbagai logam untuk menghasilkan logam yg sgt keras & utuh (contohnya alloy,krom dan sebagainya).Mengikut teknik terkini, campuran logam tersebut harus dibuat oleh ahli yang pakar dalam bidang kimia di mana juzuk-juzuk atau jenis-juzuk besi yang hendak dicampur mestilah sesuai. Jika tidak, besi yang dicampur itu akan rapuh , hancur dan tidak tahan lama.


Contoh besi yang terhasil dari teknik ini ialah keris picit atau lebih dikenali dengan “Jawa Picit” menghasilkan besi campuran alloy keris yang biasanya berwarna hitam,keras dan mampu bertahan hingga ribuan tahun.Jika di teliti betul-betul jawa picit yang asli,kita boleh melihat bekas-bekas urat jari tangan si empu keris melekat di keris yang ditempa oleh mereka.Ada juga pendapat yang mengatakan jawa picit dihasilkan ketika seseorang melakukan upacara bertapa .


Gambar dibawah ini ialah sebilah “Jawa Picit” milik peribadi saya(sebagai contoh sahaja) yang saya warisi dari keturunan sebelah ibu saya.Saya tidak pasti adakah ia “Jawa Picit” tulen berumur ratusan tahun atau sebaliknya.Mungkin saudara pembaca semua yang mahir dalam bab besi boleh membantu saya dengan memberi komen di sini.



Adakah sama keris jawa picit ini dengan keris sajen?


Adakah Keris sajen juga dinamakan Keris Majapahit seperti yang didakwa oleh Dr . H.H Juynbohl dalam bukunya Royal (Dutch) Catalog volume V,1909..




[ In the first and second edition of books written by Prof. P.A VAN DER LITH, it is said that while the main stupa of Borobudur Temple - build in 875 A.D. - is restorated, there it is found an old keris. The keris is integrated of the blade and the hilt. But the keris form is not similiar with the keris shape depicted at the relief at the Temple. That keris is now at the Ethnography Museum, Leiden, The Netherlands. Information about the keris is written by Dr. H.H. JUYNBOHL in Royal (Dutch) Catalog volume V, 1909.


In the catalog it is said, that the keris is considered as ‘keris Majapahit‘, the hild is shaped like a human statue, the blade is very old. One side of the blade is worn out. The keris, which has register number of 1834, is a gift from G.J. HEYLIGERS, secretary from the local office of Kedu, in October 1845. The resident then were Hartman. The blade is measured at 28.3 cm in length, the blade itself is 20,2 cm, and it is 4,8 cm wide. The keris is straight, not wavy. ]


Saya petik artikel dibawah dari satu blog berkaitan dengan keris.Sila membacanya.


[Mengenai keris ini, banyak yang menyangsikan apakah sejak awalnya memang telah diletakkan di tengah lubang stupa induk Candi Borobudur. Barnet Kempres sendiri menduga keris itu diletakkan oleh seseorang pada masa-masa kemudian, jauh hari setelah Candi Borobudur selesai dibangun. Jadi bukan pada waktu pembangunannya.

Ada pula yang menduga, budaya keris sudah berkembang sejak menjelang tahun 1.000 Masehi. Pendapat ini didasarkan atas laporan seeorang musafir Cina pada tahun 922 Masehi. Jadi laporan itu dibuat kira-kira zaman Kahuripan berkembang di tepian Kali Brantas, Jawa Timur. Menurut laporan itu, ada seseorang Maharaja Jawa menghadiahkan kepada Kaisar Tiongkok "a short swords with hilts of rhinoceros horn or gold (pedang pendek dengan hulu terbuat dari dari cula badak atau emas). Bisa jadi pedang pendek yang dimaksuddalam laporan itu adalah protoptipe keris seperti yang tergambar pada relief Candi Borobudur dan Prambanan.

Sebilah keris yang ditandai dengan angka tahun pada bilahnya, dimiliki oleh seorang Belanda bernama Knaud di Batavia (pada zaman Belanda dulu). Pada bilah keris itu selain terdapat gamabar timbul wayang, juga berangka tahun Saka 1264, atau 1324 Masehi. Jadi kira-kira sezaman dengan saat pembangunan Candi Penataran di dekat kota Blitar, Jawa Timur. Pada candi ini memang terdapat patung raksasa Kala yang menyandang keris pendek lurus.


Gambar yang jelas mengenai keris dijumpai pada sebuah patung siwa yang berasal dari zaman Kerajaan Singasari, pada abad ke-14. Digambarkan dengan Dewa Siwa sedang memegang keris panjang di tangan kanannya. Jelas ini bukan tiruan patung Dewa Siwa dari India, karena di India tak pernah ditemui adanya patung Siwa memegang keris. Patung itu kini tersimpan di Museum Leiden, Belanda.


Pada zaman-zaman berikutnya, makin banyak candi yang dibangun di Jawa Timur, yang memiliki gambaran keris pada dinding reliefnya. Misalnya pada Candi Jago atau Candi Jajagu, yang dibangun tahun 1268 Masehi. Di candi itu terdapat relief yang menggambarkan Pandawa (tokoh wayang) sedang bermain dadu. Punakawan yang terlukis di belakangnya digambarkan sedang membawa keris.

Begitu pula pada candi yang terdapat di Tegalwangi, Pare, dekat Kediri, dan Candi Panataran. Pada kedua candi itu tergambar relief tokoh-tokoh yang memegang keris.
Cerita mengenai keris yang lebih jelas dapat dibaca dari laporan seorang musafir Cina bernama Ma Huan. Dalam laporannya Yingyai Sheng-lan di tahun 1416 Masehi ia menuliskan pengalamannya sewaktu mengunjungi Kerajaan Majapahit. Ketika itu ia datang bersama rombongan Laksamana Cheng-ho atas perintah Kaisar Yen Tsung dari dinasti Ming.

Di Majapahit, Ma Huan menyaksikan bahwa hampir semua lelaki di negeri itu memakai pulak, sejak masih kanak-kanak, bahkan sejak berumur tiga tahun. Yang disebut pulak oleh Ma Huan adalah semacam belati lurus atau berkelok-kelok. Jelas ayang dimaksud adalah keris.


Kata Ma Huan dalam laoparan itu: These daggers have very thin stripes and within flowers and made of very best steel; the handle is of gold, rhinoceros, or ivory, cut into the shapeof human or devil faces and finished carefully.

Laporan ini membuktikan bahwa pada zaman itu telah dikenal teknik pembuatan senjata tikam dengan hiasan pamor dengan gambaran garis-garis amat tipis serta bunga-bunga keputihan. Senjata ini dibuat dengan baja berkualitas prima. Pegangannya, atau hulunya, terbuat dari emas, cula badak, atau gading.

Tak pelak lagi, tentunya yang dimaksudkan Ma Huan dalam laporannya adalah keris yang kita kenal sekarang ini.
Gambar timbul mengenai cara pembuatan keris, dapat disaksikan di Candi Sukuh, di lereng Gunung Lawu, di perbatasan Jawa Tengah dan Jawa Timur. Pada candra sengkala memet di candi itu, terbaca angka tahun 1316 Saka atau 1439 Masehi.



Cara pembuatan keris yang digambarkan di candi itu tidak jauh berbeda dengan cara pembuatan keris keris pada zaman sekarang. Baik peralatan kerja, palu dan ububan, maupun hasil karyanya berupa keris, tombak, kudi, dll.]


sila klik sini untuk bacaan seterusnya dari blog di atas.

Mengikut satu kajian – rujuk buku Prof.Arysio Santos (Amazon.com) - hanya di bumi Mala atau Tanah Jawi ini sahaja satu satunya tempat yang di kesan mengamalkan teknik orichalcum yang tertua dalam peradaban manusia .Ia wujud di kalangan bangsa misteri Mala ( The descendant of the mountain Tribe).Teknik orichalcum(lebur logam)memang milik bangsa misteri ini. Keris – keris hebat seperti Taming sari juga dipercayai dibuat melalui kaedah Orichalcum ini dan dikatakan ia juga mampu menyerap tenaga eletromagnetic di alam maya ini dan boleh menguatkan aura /bioelectricity pemilik keris tersebut.Inilah kehebatan keris melayu , selain design uniknya yang sangat simetri sehingga ada keris yang mampu berdiri sendiri dan tidak jatuh ke lantai jika diletakkan secara menegak!


Kepada mereka yang mahir dalam bidang keris dan besi,sila nyatakan komen anda tentang keris milik peribadi saya di bawah ini.Keris ini saya beli 7 tahun yang lepas.Keris ini jugalah yang menghiasi Banner Blog Sangtawal ini!Saya amat menyayangi keris ini berbanding dengan berpuluh-puluh bilah keris milik peribadi saya yang lain.Ada orang kata ia Keris Mataram dengan besi campuran menghasilkan warna hitam pada besinya.Saya tidak pasti kenapa saya membelinya dulu dengan harga yang agak tinggi padahal saya bukanlah orang yang mahir atau arif dalam hal besi dan keris ini.




Keris begitu sinonim dengan orang melayu dan Malay Archipelago.Kenapa saya berkata begitu? Apa pentingnya perkataan “Malay Archipelago” ini?.Berapa luas sangat kah lokasi atau kawasan Malay Archipelago ini?...


Anda hendak tahu berkaitan dengannya,saya pinjam sedikit artikel menarik dari Blog Mistisfile seperti berikut untuk kita kongsi bersama :

Klik sini :

Tulis M.O...seperti berikut :

[“Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama.Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini?Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.

Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa.

Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.

Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!

Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.


Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua?
Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?

Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'.
Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago?Mengapa?


INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA,KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.


Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.Soalannya, Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?

Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?”]

- dipetik dari Blog Mistisfile.



Mengapa saya sengaja mengaitkan ukiran gambar keris di dinding candi Borobudur dalam artikel saya kali ini?mungkin anda semua akan dapat membuat kesimpulan sendiri nanti.Sila membaca dan teruskan berfikir!


Mengapa pula saya mengaitkan penemuan piramid di dasar lautan Okinawa itu dengan Keris Purba yang di temui di kawasan yang sama?Ini adalah untuk menunjukkan betapa bangsa misteri melayu ini dulunya adalah satu bangsa yang gagah dan berani,bangsa pelaut dan pelayar yang terbilang malah mampu meredah samudera dan membelah lautan dalam pelayaran mereka demi mencari rahsia yang terpendam sekian lama.

Sedikit lagi info berkaitan Piramid Okinawa: sila klik sini.


[The Pyramids of Okinawa: Just off the shores of Okinawa, at a depth of 30 meters lie two majestic "pyramid-like" structures. These Pyramids are not alone, however, they are part of a complex series of structures discovered by scuba divers over the past five to six years.

These sites are located from mainland Okinawa and surrounding islands all the way to Taiwan.
Professor Kimura of Ryukyu University, says "These pyramid-like structures resemble in many aspects the ancient Mayan ruins of Central America as well as the pyramids of mainland Japan, China, and Mesoamerica," however, unlike their counterparts these structures are all under the ocean. Where did they come from? Okinawa folklore tells of a great civilization where peace and harmony were the norm.

Legend says that this great civilization was "destroyed by a rain of fire and swallowed by the ocean." Stone tablets engraved with hieroglyphic characters from a cave in Okinawa are believed to be a record of a great civilization with many temples that was swallowed by the ocean, resurfaced for a time, then was lost to the depths (The Lost Continent).]


Merekalah bangsa misteri pengembara yang hebat!Sepanjang sejarah perjalanan mereka yang panjang dan berliku,mereka meninggalkan kod-kod rahsia sejarah untuk dibaca oleh bangsa mereka nanti.Mereka juga membina tamadun dunia dengan ketinggian ilmu yang luar biasa!


Rehatkan minda kita seketika,Sila saksikan usaha-usaha pihak barat untuk mencungkil segala rahsia yang terpendam sekian lama berkaitan bangsa misteri dan segala ketamadunan yang mereka tinggalkan.

Rabu, 1 Disember 2010

Jika ucapan orang-orang kafir adalah mengatakan sesuatu yang tak masuk akal, maka dalam Al Quran menunjukkan sifat-sifat kata Nabi adalah sesuatu yang masuk akal.

Cuba periksa ayat-ayat Al Quran yang Nabi diwahyukan untuk menyebut “katakanlah”. Apa yang dikatakan oleh Nabi itu semuanya masuk akal.

Tentang Pemilik langit dan bumi

6:12. Katakanlah, “Kepunyaan siapakah segala yang ada di langit dan bumi?” Katakanlah, “Kepunyaan Allah. Dia telah menuliskan (menetapkan) ke atas diri-Nya pengasihan. Dia mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak mempercayai.”

Tentang mengambil sekutu selain Allah

6:14. Katakanlah, “Adakah aku akan mengambil untukku sebagai wali (pelindung), selain daripada Allah, Pemula langit dan bumi, dan Dia yang memberi makan, dan tidak diberi makan?” Katakanlah, “Aku diperintah supaya menjadi yang pertama, orang yang tunduk patuh: ‘Janganlah kamu menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan.’”

Tentang saat belakunya Kiamat

7:187. Mereka menanyai kamu mengenai Saat, bilakah ia melabuhkan. Katakanlah, “Pengetahuannya adalah hanya di sisi Pemeliharaku. Tiada yang akan mendedahkannya pada waktunya yang benar, melainkan Dia. Amatlah berat ia di langit dan di bumi; ia tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka menanyai kamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah, “Pengetahuannya adalah hanya di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Tentang siapa yang memberi rezeki

34:24. Katakanlah, “Siapakah yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi?” Katakanlah, “Allah. Sesungguhnya, sama ada kami atau kamu adalah di atas petunjuk yang benar, atau dalam kesesatan yang nyata.”

Tentang penciptaan makhluk

10:34. Katakanlah, “Adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang memulakan ciptaan, kemudian mengembalikannya?” Katakanlah, “Allah, Dia yang memulakan ciptaan, kemudian mengembalikannya semula. Bagaimanakah kamu dipalingkan?”

Tentang pemberi petunjuk yang benar

10:35. Katakanlah, “Adakah daripada sekutu-sekutu kamu orang yang memberi petunjuk pada yang benar?” Katakanlah, “Allah, Dia memberi petunjuk pada yang benar; dan yang manakah lebih wajar untuk diikuti - orang yang memberi petunjuk pada yang benar, atau orang yang tidak memberi petunjuk kecuali dia mendapat petunjuk? Mengapakah kamu, bagaimanakah kamu menghakimkan?”

Tentang perbendaharaan Allah dan perkara ghaib

6:50. Katakanlah, “Aku tidak mengatakan kepada kamu, ‘Aku mempunyai perbendaharaan Allah’. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, ‘Aku seorang malaikat’; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku.” Katakanlah, “Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?”

Daripada ayat-ayat Al Quran yang disertakan, ia menunjukkan sifat-sifat ucapan seorang Nabi iaitu sesuatu yang masuk akal.

Apabila kita faham perkara asas ini, maka bila datang orang yang mempergunakan nama-nama si polan bin si polan terdahulu untuk mendakwa Nabi berkata itu dan ini, periksalah sama ada kata-kata yang didakwa atas nama Nabi itu masuk akal atau tidak.

Jika Allah tidak mengajar Nabi berkata-kata tak masuk akal, tak logik seorang yang ada kenabian akan berkata tak masuk akal seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani terdahulu. Seolah-olah mereka nak samakan Nabi dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang suka pada kepercayaan tak masuk akal itu.

Itulah kunci untuk kita bezakan sifat-sifat kata seseorang Nabi agar kita tidak ditipu lagi.

Selasa, 17 Ogos 2010

MURID DAN ALAM BELAJAR:

Pengajaran dan pembelajaran sebenarnya adalah merupakan satu proses yang boleh memberikan suatu pengetahuan baharu kepada murid dengan menggunakan cara pengajaran atau penyampaian yang menarik dan berkesan. Dengan menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dan kreatif, murid sudah semestinya akan memberikan perhatian yang mendalam ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran boleh ditakrifkan sebagai suatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh pelajar dan guru. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan pelajar supaya mengambil inasiatif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran. Pembelajaran pula adalah proses memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui tindak balas yang menyebabkan perubahan tingkah laku manusia yang kekal. Tingkah laku ini berubah hasil daripada pengalaman atau latihan.

Mengikut Thomas F. Green (1971), tujuan mengajar adalah untuk mengubah tingkah laku melalui perolehan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. Beliau berpendapat, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti latihan atau pelaziman merupakan usaha yang boleh mengubah tingkah laku pelajar.

Berdasarkan keterangan tokoh-tokoh di atas, jelaslah bahawa pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu yang proses penyampaian ilmu dan idea yang melibatkan guru, murid dan persekitaran yang akan menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar secara kekal dan stabil berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang diterima.

Situasi Dalam Kelas :

Soalan 1 :

Secara amnya, tugas seorang guru sebenarnya hanya menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran yang diberi. Namun, pada hari ini tugas guru menjadi semakin mencabar dan menjadi semakin sukar berikutan perubahan zaman yang mempengaruhi pemikiran setiap golongan. Pemikiran dan ideologi yang pelbagai semakin tersebar luas dan ini menyebabkan setiap orang perlukan pembimbing agar mereka dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. Justeru, pembimbing yang paling berkesan adalah seorang guru.

Dalam melaksanakan hasrat kerajaan sepertimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tanggungjawab guru juga telah menjadi semakin banyak. Namun begitu, peranan guru yang lebih utama adalah peranan yang dimainkan di dalam kelas. Kelas adalah merupakan tempat yang sudah sebati dalam menyampai dan menerima pendidikan bagi setiap insan. Peranan yang dimainkan guru di dalam kelas pula bukan sahaja sebagai penyampai ilmu dan pendidik, malah guru juga terpaksa mengawal dan menjaga tingkahlaku murid-muridnya.

Sikap dan karenah murid pula berbeza-beza. Ada yang mudah dikawal dan ada juga yang sukar. Disebabkan ini, guru perlu mempelbagaikan cara dan teknik untuk menawan hati murid-muridnya. Sekiranya guru tidak dapat menawan hati murid-muridnya, ini sekaligus menyebabkan suasana pembelajaran menjadi sukar dikawal dan ini akan menyebabkan proses penyampaian ilmu akan terganggu. Suasana seperti murid bising, murid bergaduh, mengganggu rakan-rakan dan lain-lain adalah antara masalah normal yang terdapat dalam kelas. Oleh sebab itu, guru perlulah menarik perhatian murid-muridnya dengan cara yang unik. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah menyeronokkan murid agar mereka dapat memberikan fokus dengan baik. Antara salah satu kaedah yang biasanya berkesan untuk menarik perhatian murid dalam kelas ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung adalah menggunakan teknik main dalam pembelajaran.

Telah menjadi hak kanak-kanak untuk berehat, bermain, beriadah dan berseronok berdasarkan hak akta kanak-kanak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (1989). Daripada kenyataan itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti bermain adalah merupakan satu medium umum yang dapat menarik perhatian kanak-kanak kerana bermain ini akan melibatkan diri pelajar secara langsung dengan penglibatan yang aktif dari segi kognitif dan fizikal. Menurut Fromberg (1987), main merupakan simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik.

Konklusinya, murid-murid sebenarnya adalah kanak-kanak dalam proses pembesaran yang akan dibentuk berdasarkan cara pendidikan yang diterima. Aktiviti main merupakan perkara yang paling asas dan sebati dalam diri kanak-kanak sejak azali lagi. Untuk menarik minat kanak-kanak, bermain adalah sesuatu yang patut diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui.

Murid-murid yang agak lembap ataupun slow seringkali disisihkan kerana dianggap menyusahkan terutama pada pandangan rakan sebaya mereka. Perkara berkenaan adalah biasa dalam proses perkembangan kanak-kanak kerana setiap individu mengalami perubahan kognitif yang berbeza-beza. Menurut Jean Piaget (1952), perkembangan kanak-kanak adalah sebagai perkembangan kendiri di mana mereka meneroka, membina idea dan mengujinya secara individu. Oleh itu, ia bergantung sendiri kepada perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut berdasarkan pengalaman mereka.

Perkembangan kognitif ini biasanya akan mempengaruhi emosi murid-murid dan ini akan mempengaruhi mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerimaan pengajaran akan menjadi sukar sekiranya murid mempunyai emosi yang kurang baik ataupun ‘morale down’. Emosi ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan motivasi. Motivasi memainkan peranan penting dalam mengekalkan emosi yang baik agar penerimaan pelajaran murid sentiasa ditahap optimum. Menurut Noriati dan lain-lain (2009), motivasi ialah keadaan dalaman yang merangsang, mengarah dan mengekal tingkah laku. Justeru, motivasi adalah penting untuk menjadikan murid sentiasa dalam ‘mood’ yang baik.

Namun, pelajar akan menjadi lebih cekap dan cerdik dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya cara dan gaya pembelajaran yang digunakan guru sesuai dengan pelajar dan mereka juga boleh menerima gaya pembelajaran itu dengan baik. Mengikut Dunn dan Dunn (1981), gaya pembelajaran adalah cara setiap murid memberikan tumpuan, memproses dan menyimpan maklumat baharu dan maklumat yang sukar. Gaya pembelajaran adalah pendekatan tersendiri seseorang individu kepada pembelajaran dan biasanya melibatkan pemprosesan maklumat yang pemprosessan maklumat yang mendalam, Woolfolk (1998).

Menurut Dunn dan Dunn lagi, setiap orang mempunyai kekuatan akan tetapi, kekuatan itu berbeza-beza antara individu dengan individu yang lain. Sehubungan dengan itu, guru perlu memahami konsep gaya pembelajaran, jenis-jenis gaya pembelajaran murid-muridnya agar dapat memastikan guru mampu mengubahsuai keadaan persekitaran pembelajaran, sumber-sumber dan pendekatan-pendekatan bagi memastikan pengajarannya bermakna dan bererti.

Masalah murid yang tidak berdisiplin pula yang dihadapi oleh guru disekolah sebenarnya adalah perkara biasa kerana sikap dan pandangan idea setiap murid adalah berbeza-beza. Oleh kerana sikap dan idea yang berbeza-beza ini, setiap daripada mereka akan cuba mempertahankan sikap dan idea mereka masing-masing dengan cara yang adakalanya boleh dikatakan melampau.

Selain itu, masalah disiplin yang timbul di dalam kelas juga juga sebenarnya mempunyai banyak punca. Oleh itu, guru haruslah sentiasa peka dengan perubahan sikap murid sekiranya murid mula mengalami perubahan yang negatif. Pencegahan awal adalah penting agar masalah disiplin ini tidak terus menular kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Disamping itu, disebabkan perubahan emosi yang tidak diawasi dengan baik oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak, ini sekaligus menyebabkan mereka akan meluahkan emosi mereka (kanak-kanak) kepada persekitaran ataupun kawan-kawan. Mengikut teori Erik Erikson (Perkembangan Kanak-Kanak 2008), setiap individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai.

Ini jelas menunjukkan bahawa murid sebenarnya sedang berada di dalam satu peringkat perkembangan dan mereka sebenarnya menghadapi krisis dalam setiap perkembangan.

Murid yang kerap mengganggu ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan sebenarnya disebabkan banyak faktor, antaranya kadang-kadang adalah disebabkan cara pengajaran dan pembelajaran guru yang membosankan dan faktor lain adalah disebabkan murid itu sebenarnya adalah hyper-active. Pengajaran yang menarik sudah tentu dapat menarik perhatian murid agar terus menumpukan sepenuh perhatian sehingga tamat kelas.

Murid akan lebih bosan sekiranya guru mengajar menggunakan cara pengajaran yang sama setiap kali masuk ke kelas. Oleh itu, guru haruslah kreatif dalam membuat dan menyediakan alat bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran menarik.

Dalam mengelolakan aktiviti berkumpulan, sememangnya aktiviti yang dibuat dalam kumpulan adalah aktiviti yang menyeronokkan. Namun tidak semua pelajar sesuai dengan ahli kumpulan yang diberikan kepada mereka. Ahli kumpulan juga penting dalam menjadi faktor agar murid dapat belajar dengan baik. Sememangnya murid juga adalah manusia biasa yang hanya boleh bergaul dengan rakan mereka yang ‘sebulu’ dengan mereka. Sekiranya mereka bergaul atau berkumpulan dengan orang yang tidak sependapat dengan mereka, maka inilah yang menyebabkan proses pembelajaran di dalam kelas terganggu.

Soalan 2 :

Banyak perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik perhatian murid-muridnya dalam kelas dengan cara yang berkesan. Peranan guru sebenarnya tidaklah terhad kepada mendidik muridnya sahaja bahkan banyak lagi yang boleh dilakukan guru sebagai insan pendidik.

Seperti yang kita sedia maklum, tugas utama guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidi murid menjadi insan yang berguna dan bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancang aktiviti yang sesuai dengan menyediakan alat bantu mengajar untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, melalui maklum balas yang diterima daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Disebabkan itulah para guru disyorkan untuk menyelitkan unsur permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Telah menjadi hak kanak-kanak untuk berehat, bermain, beriadah dan berseronok berdasarkan hak akta kanak-kanak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (1989). Berdasarkan kenyataan itu, jelaslah menunjukkan bahawa aktiviti bermain adalah merupakan satu medium umum yang dapat menarik perhatian kanak-kanak kerana bermain ini akan melibatkan diri pelajar secara langsung dengan penglibatan yang aktif dari segi kognitif dan fizikal. Menurut Fromberg (1987), main merupakan simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik.

Secara ringkasnya, sebagai seorang pengajar di dalam bilik darjah, guru haruslah menjalankan tugas seperti merancang pelajaran, melaksanakan pengajarannya serta menilai aktiviti pelajaran dan pembelajaran. Segala aktiviti ini bertujuan untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

Dalam mengawal sikap murid yang kurang berdisiplin pula, sebagai seorang guru, ini adalah masalah yang biasa yang timbul di sekolah. Masalah disiplin ini sebenarnya mempunyai banyak punca yang harus diambil tahu oleh guru-guru.

Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin boleh didefinisikan dalam beberapa maksud, antaranya :

1. Kesanggupan seorang individu mematuhi dan menghormati undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.

2. Kesanggupan bekerja dengan mengikut tertib.

3. Kesanggupan seseorang menghormati hak orang lain.

4. Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkahlaku yang baik dengan tidak mengganggu kepentingan orang lain.

Disekolah, disiplin merupakan sejenis garis panduan kepada murid agar tiada masalah berkenaan murid timbul dan disiplin ini pula merupakan hukuman bagi murid yang melakukan kesalahan.

Menurut Syarifah Alwiah Alsagoff (1984), disiplin di sekolah adalah keadaan yang membuatkan pelajar-pelajar mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditetapkan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran. Berdasarkan definisi-definisi ini, jelas menunjukkan bahawa masalah disiplin yang dilakukan pelajar sebenarnya adalah mempunyai banyak punca-punca yang sudah dikenalpasti.

Menurut Mook Soon Sang (Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, 2008), punca masalah disiplin yang berlaku disekolah sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor, antaranya ialah penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai. Sekiranya cara pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar adalah dengan menggunakan cara yang tidak sesuai dengan citarasa murid, ini akan menyebabkan murid akan berasa cepat bosan. Sekiranya mereka berasa bosan, mereka akan cuba melakukan perkara lain yang adakalanya sehingga boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. mereka akan memberontak agar mereka dapat melakukan perkara yang menyeronokkan diri mereka sendiri.

Selain itu, keadaan fizikal dan suasana bilik darjah juga sebenarnya boleh mempengaruhi keadaan pelajar. Misalnya, keadaan yang kurang menyelesakan pelajar seperti susunan kerusi dan meja yang terlalu sesak, tidak teratur, kelas kurang bersih dan lain-lain lagi juga boleh mempengaruhi emosi para pelajar. Keadaan-keadaan seperti ini akan menjadikan mereka gelisah dan kurang selesa lalu mereka akan membuat perkara yang akhirnya menghasilkan keselesaan kepada mereka walaupun mereka sebenarnya telah melakukan sesuatu kesalahan disiplin.

Selain daripada keadaan fizikal yang kurang menyelesakan dan penggunaan pendekatan dan strategi pengajaran yang kurang sesuai, hubungan guru dengan pelajar juga sangat penting dalam mengurangkan masalah disiplin murid. Sekiranya guru mengamalkan kepimpinan secara autokratik dan mengawal disiplin pelajar dengan kuku besi, ini sekaligus menyebabkan interaksi 2 hala iaitu antara guru dengan murid tidak dapat diwujudkan. Sebaliknya perasaan bimbang, takut dan gelisah wujud dan ini akan menyebabkan suasana yang tidak sihat timbul.

Murid tidak dapat meluahkan idea atau pandangan mereka dengan guru kerana guru seharusnya mendengar masalah murid. Oleh itu, disebabkan perkara sebeginilah yang menyebabkan murid akan melakukan masalah disiplin kerana kurang nasihat dan peringatan daripada guru mereka.

Menurut Mook Soon Sang lagi, sikap guru juga merupakan faktor yang penting dalam mengawal sahsiah dan disiplin murid. Personaliti guru perlulah dapat meyakini murid agar murid timbul rasa hormat kepada guru mereka. Ciri-ciri guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas di dalam bilik darjah akan menyebabkan murid-murid khasnya bagi murid-murid yang nakal mudah untuk ‘mengenakan’ guru tersebut dengan bertujuan membuli guru.

Kemudian, menurutnya lagi, keluarga dan persekitaran seperti rakan sebaya juga mempengaruhi sikap pelajar di dalam bilik darjah. Sekiranya murid itu sering terdedahkan dengan suasana negatif seperti bercakap besar, suka bergaduh, berjudi, membaca buku berunsur lucah dan banyak lagi perkara negatif lain, maka murid akan lebih mudah melakukan kesalahan disiplin disebabkan sering terdedah dengan perkara negatif itu.

Dalam keadaan lain pula, seorang guru yang ingin menarik perhatian muridnya di dalam kelas juga perlu melakukan perubahan dengan perlahan-lahan seperti guru di dalam kelas mejadi inventor (pembaharuan). Guru harus banyak idea, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik agar dapat memperkenalkannya kepada pelajar di dalam bilik darjah dengan cara yang kreatif. Inilah yang dikatakan inventor atau pembaharuan. Ini penting bagi guru mempertingkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan khasnya dalam bidang pendidikan dari semasa ke semasa.

Selain itu, B.F Skinner (1959) menyatakan pengajaran yang berkesan sebagai pengajaran yang mempunyai aktiviti peneguhan yang cukup yang membolehkan murid memperkukuhkan apa yang dipelajari dalam ingatan. Berdasarkan kenyataan Skinner ini, jelas menunjukkan pengajaran dan pembelajaran guru itu haruslah efektif kerana bagi memperkuatkan ingatan dan fahaman murid sama ada murid yang cekap ataupun tidak tentang sesuatu subjek, pengajaran yang efektif adalah penting sekali. Pengajaran efektif ini bukan sahaja diutamakan pada bahan bantu mengajar yang menarik, bahkan peranan guru juga sama pentingnya. David G.Ryan (1959) menyatakan pengajaran efektif adalah dengan guru yang berkesan. Guru yang berkesan ialah guru yang dapat melaksanakan tugas dan aktiviti pengajarannya di dalam bilik darjah secara adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.

Kemudian, guru yang mengajar juga perlulah berorientasikan maklumat. Perkara ini penting agar ajaran guru selari dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dan guru dapat meningkatkan serta memperoleh perkara baharu daripada pelbagai sumber. Berorientasikan maklumat bermakna bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baharu yang berkaitan dengan pendidikan melalui sebarang media, khasnya media ICT.

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran guru lebih berkesan, gaya pembelajaran murid dan gaya pengajaran guru perlulah sesuai agar murid dapat menerima dengan baik. Gaya pembelajaran adalah tingkah laku yang konsisten setiap murid dalam cara ia belajar.

Ini bermakna, guru haruslah menggunakan atau mengaplikasikan serta mengamalkan pelbagai jenis gaya pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis gaya pembelajaran yang sering digunakan dalam mengajar murid-murid dan juga sering digunakan oleh murid itu sendiri. Gaya pembelajaran sebenarnya bergantung sendiri terhadap diri setiap murid itu masing-masing. Namun, guru perlu memastikan dan cuba mengubahsuai suasana pembelajaran agar sesuai dengan penerimaan murid. Menurut Dunn dan Dunn(1981), setiap orang mempunyai kekuatan akan tetapi, kekuatan itu berbeza-beza antara individu dengan individu yang lain. Sehubungan dengan itu, guru perlu memahami konsep gaya pembelajaran, jenis-jenis gaya pembelajaran murid-muridnya agar dapat memastikan guru mampu mengubahsuai keadaan persekitaran pembelajaran, sumber-sumber dan pendekatan-pendekatan bagi memastikan pengajarannya bermakna dan bererti.